"ANDA CERIA, KAMI GEMBIRA"
Laman Utama
Kata-kata Aluan Pengarah Kastam Negeri Perak
Bahagian di KDRM Perak
Kadar Tukaran Wang Asing
Takwim Bulanan
Muat Turun Borang
ICTR
Pautan

  Panduan e-Lesen
BAHAGIAN DI IBU PEJABAT NEGERI PERAK
Untitled Document

PENGUATKUASAAN DAN PEMATUHAN.
Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan Negeri Perak diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kastam Gred W54 yang berpejabat di stesen Ipoh. Dibawah Timbalan Pengarah Kastam Negeri Penguatkuasaan / Pematuhan ini diletakkan Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pematuhan.
OBJEKTIF
Untuk mengesan dan membuat risikan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam penyeludupan dan penyelewengan dengan tujuan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
FUNGSI
Bahagian Penguatkuasaan yang menjadi nadi Jabatan sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang adalah badan penyiasatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Fungsinya ialah mencegah dan mengesan mana-mana pelanggaran undang-undang bertulis yang ditadbir oleh Jabatan, terutamanya undang-undang berikut:-

  • Akta Kastam 1967
  • Akta Dadah Berbahaya
  • Akta Eksais 1976
  • Akta Cukai Jualan 1972
  • Akta Cukai Perkhidmatan 1975
  • Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976

Bahagian ini melibatkan cawangan-cawangan yang terdiri daripada :

  • Cawangan Siasatan / Operasi / Pendakwaan
  • Cawangan Risikan
  • Cawangan Logistik
  • Cawangan Auditan Syarikat
  • Cawangan Pasca Import

Antara fungsi Bahagian Penguatkuasaan mempunyai fungsi seperti berikut :

  • Menjalankan operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah meningkatkan tindakan Penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan.
  • Menjalankan operasi mencegah penyeludupan secara bersepadu dan terkoordinasi melalui kaedah rondaan di darat dan laut, mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki.
  • Menjalankan siasatan mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan samada yang diterima melalui ampoma, aduan dari orang awam atau hasil dari aktiviti risikan yang dijalankan dan menyelesaikan siasatan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan operasi ke atas sasaran atau kawasan hitam penyeludupan bagi tujuan mematahkan saluran penghantaran sindiket, memecahkan rangkaian sindiket serta melemahkan kekuatan sindiket sehingga berjaya dihapuskan melalui tindakan serbuan, penggelidahan, operasi dan perang saraf.
  • Membuka Kertas Siasatan ke atas setiap kes yang diperolehi bagi tujuan diambil tindakan menghukum ke atas mana-mana orang yang ditangkap kerana melakukan kesalahan penyeludupan dan penyelewengan samada melalui tindakan pendakwaan di mahkamah atau tawaran kompaun.
  • Menguruskan penyimpanan dan pelupusan barang rampasan secara efisyen.
  • Mengadakan kempen anti penyeludupan sebagai mekanisma memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya penyeludupan dan membina hubungan kerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasa di dalam dan luar negara.
  • Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan hak harta intelek (IPR), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Weapon Of Mass Destruction (WMD).

PIAGAM PELANGGAN
Komitmen pegawai-pegawai Bahagian Pencegahan ialah untuk menjalankan tugas-tugas pencegahan, membanteras penyeludupan dan penyelewengan dengan jujur dan ikhlas, amanah, adil dan bertanggungjawab bercirikan kualiti berikut:-

  • Membangunkan sumber maklumat melalui risikan dan kerjasama orang awam dan bertindak dengan segera dan efektif
  • Menyelesaikan siasatan jika maklumat penuh diperolehi dalam tempoh 3 bulan
  • Memberi maklumbalas kepada sebarang rayuan, pertanyaan atau kuiri dalam tempoh 2 minggu
  • Memberi kesedaran kepada orang awam melalui kempen, ceramah dan dialog 2 kali setahun
  • Menjalankan pelupusan barang-barang dengan secepat mungkin dengan frekuensi sekurang-kurangnya 3 kali setahun
Memproses hadiah sebaik sahaja kes diselesaikan

Alamat Ibu Pejabat Negeri
Wisma Kastam,
No. 1, Jalan Kinta,
Off Jalan Tun Abdul Razak,
30100 Ipoh,
Perak.

Tel:   605-527 3667
Fax:   605-527 5884

PENAFIAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan
penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara © 2008
Unit Media, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Perak Darul Ridzuan

Paparan sesuai: Microsoft Internet Explorer v6.0 atau Mozilla Firefox v2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.